Monday, December 7, 2009

assalamualaikum.

saya rasa mengalami bengkak dalaman.
dekat tulang pipi saya. sakit tak ingat lah. sakit macam nak tumbuh jerawat tapi lebih sakit.
ini adalah berikutan terjadi kemalangan kecil di bilik mak saya pada waktu maghrib. tu lah maghrib orang solat saya pergi tengok tv sebab saya menstrual.
sedang saya berbaring baring menonton televisyen, aqilah dayana yang merupakan penyebab saya mendapat bengkak tulang pipi ini sedang ligat melompat lompat di sebelah perbaringan saya. dia lompat suka sangat lah tu sampai tiba tiba saya rasa ada benda berat dan keras gila jatuh atas pipi saya yang tulang nya tak berapa ada sangat. kepala aqilah yang jatuh tu =.=''

sakit punyalah tak ingat saya terus tutup muka dengan bantal sebab menangis. weh kepala budak tu keras gila, dia sikit pun tak menangis. Ya Allah saya ingat macam dah senget pipi saya sebelah ni kena hempap dek kepala keras tu. lepas tu mak saya terus cakap, "ayookk..E-aa nangis, cakap sorry cepat." budak kecik tu pun ikut jelah cakap maktok nya.. "sowiiee.." huhu nasib kau budak kecik baru 2tahun kalau kau 20tahun aku balas balik tau!

sampai sekarang terasa bisa lagi pipi saya ni. tiap kali basuh muka mesti terpicit kuat dekat bahagian tu lepas tu adoi sorang sorang. cerita dekat Mok dia pergi tibai gelak kan saya cakap mesti comel gila Aqilah cakap sorry tu. memang comel tapi saya taknak kawan dia dah ;P

Sneak Peak.





just show off some skills.hahah. no la..im not good enough to take photos. saya tak tahu macam mana nak dapatkan hasil gambar yang cantik dan memuaskan mata yang melihatnya. of course la camera yang digunakan mempengaruhi hasil gambar itu nanti. so that is why i always wanting for dslr, haha skills takde sibuk sibuk nak camera mahal. but like seriously serious, dah lama saya teringin sangat nak ada dslr sendiri. saya cakap dekat mak saya, then my mom responsed to me.. " next year kalau ada rezeki boleh la beli" OMGOMGOMG ! macam memberi harapan je kan.

kalau anda tinggal atau pernah berdamping dengan saya, anda akan tahu betapa saya adalah craving so much towards dslr. housemates..ya pantang lihat gambar di mana mana yang diambil dengan dslr pasti tidak jemu jemu saya mengatakan.."cantik nye lah kan...nak jugak.."
Mok juga...pasti dia akan bertanya kepada saya, " berapa ey harga dslr?" banyak kali ditanya sebanyak itu jugalah saya tanpa jemu menjawab.."about 2k..tak campur lens rasenye.." sepertinya dia mahu membeli kan dslr untuk saya sahaja..hahah berangan.

anyway gambar di atas adalah hasil tangkapan saya menggunakan camera biasa adja..Nikon Coolpix.bila mahu dapat Nikon D60 ke..hoho. oh ya tu gambar sapa punya hantaran kan? haaa...adela. tunggu lah dah selesai majlis nanti saya cerita yang sepenuhnya, ok?hehe saje mahu surprise konon.

ok till then. bubbye! :)

Friday, December 4, 2009

Let's dance !

hello..!
just for your viewing. i like this video, selalu tengok with my housemates and all of us kinda hafal the dance steps, so, have fun! ;D

video

Tuesday, December 1, 2009

Wedding ceremony

hello..!


lama saya tak menulis dalam blog ni. malasss..
sibuk dengan facebook adja, blogger jangan amik hati.

takde apa pun saya nak cerita.
Alhamdulillah sihat, M pun sihat.eheh.

banyak kenduri la cuti cuti sekolah ni.
my cuzzie's wed by next weekend kalau tak silap.
lepas tu my friend's wed. saya nak pergi InsyaAllah pergi sebab dekat je, sebelum ni my friend ada jugak yang dah kahwin tapi saya tak dapat datang. tak dapat merasa nasi minyak kawan ehe ngada.

ok till then, bubbye !

Sunday, November 22, 2009

Semangat perlu ada

Hye there.

seronok la cuti cuti ni. saya suka sangat. boleh makan dengan suka hati takpayah keluar duit, boleh tidur atas katil queen saya dikelilingi banyak bantal, boleh online 24/7, boleh tengok tv, boleh main Cafe World! wey tak boleh berjauhan sekejap pun dengan game tu. sangat addicted. sekarang baru sampai level 8. keep it up Zahirah ! hahah semangat je.
pagi tadi sanggup berjaga at 4am sebab nak angkat makanan yang dah masak. gile korban tidur semata mata untuk Zahirah's Cafe.ehe.

M tak bagi saya main, sebab memang mengadap skrin laptop je..rosak mata.
tapi dia siap kejut saya pagi tadi suruh angkat makanan dekat cafe,haha funny la tu.

bersemangat ni nak main Cafe World lagi. ( ;

Friday, November 20, 2009

Dulu saya tak comel. sekarang macam lah comel.





hahah ! kelakar tengok gambar sendiri masa dulu dulu.
mate sepet..sampai sekarang. hidung penyek sekarang pun. hahaha seronok kutuk diri sendiri.

gambar gambar yang lain tak jumpa, nanti nak korek korek lagi. seronok pulak dok tengok muka hingusan air liur meleleh semua tu. ( ;

p/s : click untuk tumbesaran gambarajah, dan kalau perasan gambar saya dengan adik saya tu..dia tak zip seluar hahahaha nasib comel.

Thursday, November 19, 2009

Tidak semudah yang kusangka.

assalamualaikum.
memang tidak seperti yang saya sangka. menjaga hubungan dengan pasangan ni tak mudah. macam macam dugaan nya. macam macam benda yang boleh jadi tak sefahaman, berselisihan faham. fed up jugak rasanya..

  • kena saling memahami antara satu sama lain.
  • kena ada give and take.
  • kalau ada masalah bincang elok elok, perkara kecik jangan diperbesarkan. bincang secara lembut dan matang.
  • jangan buat sesuatu yang pasangan tak suka.
  • hormati dan jaga hati pasangan.
  • paling penting doa. minta hubungan kekal sampai ke akhir hayat. dan niat hubungan adalah penting agar sentiasa diredhai Nya.
yang ketiga tu..susah betul saya nak ikut. mesti ended up 2-2 takpuas hati then biar je berlarutan tah sampai bila bila. Ya Allah keras betul hati saya... ) :

 
Template by suckmylolly.com